Laporan Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS Sesi Disember 2015


Pada 12 Mac 2016 yang lepas, sempena Program Polythecnic Halal Food Carnival, Kelab catur PSIS (DRS2071) telah diamanahkan untuk menganjurkan Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS Sesi Disember 2015. 

Sebenarnya ini merupakan kali Pertama Kelab catur PSIS menganjurkan Kejohanan Catur Terbuka, semenjak Kelab ini diwujudkan di PSIS pada awal tahun 2011.


Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS Sesi Disember 2015

Kejohanan Catur ini telah disertai seramai 70 orang peserta. Para peserta terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan Sabak Bernam, Sungai Besar dan pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) yang melibatkan 5 jabatan iaitu JPH, JKA, JKE, JTMK dan JP. Lebih menarik lagi kejohanan ini turut disertai oleh peserta di bawah 12 tahun dan bawah 18 tahun.


Peserta Bawah 12 tahun Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS Sesi Disember 2015
Antara peserta bawah 12 tahun yang menyertai kejohanan ini

Kejohanan ini dijalankan secara Sistem Swiss, Pairing System 7 Pusingan. Kesemua peserta perlu bermain dalam ketujuh-tujuh pusingan tersebut.

Masa yang diperuntukkan adalah 20 minit bagi setiap pemain dan tiada masa tambahan diberikan untuk setiap pergerakan pemain. Kawalan masa untuk setiap permainan dibuat dengan menggunakan jam catur Digital (10 Meja Pertama) dan Analog (Untuk meja yang seterusnya).

Ringkasan keseluruhan perjalanan kejohanan dinyatakan dalam jadual di bawah:

Tarikh : 12 Mac 2016
Tempat : Kafeteria Pentadbiran PSIS

Masa

Perkara

AJK Pelaksana
8.30-9.00 pagi
Pendaftaran
AJK pendaftaran
9.00-9.10 pagi
Ucapan penasihat kelab
AJK Protokol & Cenderahati
9.10-9.50 pagi
Pusingan Pertama

AJK Pertandingan

10.00 -10.40 pagi
Pusingan Kedua
AJK Pertandingan
10.40 – 11.00 pagi
Berehat
AJK Makanan
11.00-11.40 pagi
Pusingan Ketiga
AJK Pertandingan

11.50 pg –
12.30 tgh
Pusingan Keempat
AJK Pertandingan

12.40 tgh –
1.20 ptg
Pusingan Kelima
AJK Pertandingan

1.20-2.30 petang
Rehat / Solat Zohor/Makan Tengahari

2.30 ptg –
3.10 ptg
Pusingan Keenam
AJK Pertandingan

3.30 ptg –
4.10 ptg
Pusingan ke Tujuh
AJK Pertandingan

4.30 petang
Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah
AJK Protokol & Cenderahati
5.30 petang
Bersurai
AJK Persiapan Tempat & Peralatan

Kejohanan bermula agak lewat disebabkan terdapat masalah teknikal. Walaubagaimanapun masalah tersebut dapat diatasi, bagi membolehkan kejohanan berjalan dengan lancar sehingga pusingan ke 5. Kemudian, terdapat lagi Masalah Teknikal yang lain apabila masuk ke pusingan ke 6, menyebabkan Pusingan ke 6 dimulakan agak lewat. 

Namun begitu, masalah teknikal yang dihadapi langsung tidak menjejaskan semangat para peserta untuk terus komited sepanjang kejohanan berlangsung. Mereka mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan berusaha yang terbaik untuk memenangi perlawanan dalam setiap pusingan.

Kesemua permain bermain dalam kategori terbuka termasuk Penduduk Sekitar kawasan Sabak bernam, pelajar-pelajar Politeknik, Pelajar-pelajar sekolah Menengah dan pelajar-pelajar sekolah rendah.  

Setiap pemain akan diberi mata seperti berikut :
  • Menang 1 mata.
  • Seri ½ mata
  • Kalah 0 mata.

Sekiranya terdapat pemain yang berkongsi mata yang sama selepas pusingan terakhir, sistem pemutus-seri (tie-break) berikut akan digunakan:
 i) Buchholz
ii) Sonneborn-Berger
iii) Cumulative 

Pemain yang terdapat mata tertinggi akan menentukan pemenang untuk 4 kategori iaitu :
  • Tempat Petama hingga ke 5 untuk Kategori Terbuka Lelaki
  • Tempat Petama hingga ke 5 untuk Kategori Terbuka Wanita
  • Terbaik Bawah 18 tahun
  • Terbaik bawah 12 tahun


Berikut pula merupakan gambar-gambar yang diambil sepanjang berlangsungnya Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS Sesi Disember 2015.

Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS Sesi Disember 2015
Fokus mengatur Strategi..

Arifin di sebelah Kiri, pemenang kejohanan Tertutup PSIS 3 kali berturut-turut 





Antara Gambar-gambar Peserta Kejohanan Catur Terbuka PSIS 

Seorang AJK Sedang Set Jam Digital

Keputusan Akhir Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS Sesi Disember 2015

Berikut pula merupakan Keputusan Akhir Kejohanan Catur Raid Terbuka PSIS Sesi Disember 2015.

Bil
Nama Peserta
Mata
1
SHAHIRUL AZRIN BIN MOHD JAZRI
7 PTS
2
MOHD AFIQ ISKANDAR ISMAIL
6PTS(17)
3
NUR ANNIES SYAKIRAH BT ISMAIL
6PTS (16)
4
MOHD FALAH BIN MD TOHID
6PTS (16)
5
MOHAMMAD ARIFIN BIN JANURI
6PTS (15)
6
DIVANDRA
6PTS (15)
7
AMIRUL AZIM
6PTS (15)
8
MOHD KHAIRUL ANUAR
5PTS (15)
9
MOHD AZRI
5PTS (14)
10
MUHD NURIQMAL
5PTS (13)
11
RUJENDRAN
5PTS (13)
12
HARIS HAKIMI
5PTS (13)
13
MUHD NURSYAKIR
5PTS(12)
14
NORSYAHADAH
5PTS(12)
15
NOR HASANAH
5PTS(12)
16
RAIHAFIZ
4PTS (12)
17
HAFIEEZUL IZWAN
4PTS (12)
18
AL’HAMZI
4PTS (12)
19
ANIS HANANI
4PTS (11)
20
VEEMALESHWARI
4PTS(11)
21
MUHD NORSYAFWAN
4PTS (11)
22
MUHD FAHMI ADY
4PTS (11)
23
WERO FIRDAUS
4PTS (10)
Keputusan Akhir Kejohanan Catur Raid Terbuka PSIS Sesi Disember 2015


Gambar-gambar Pemenang Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS Sesi Disember 2015

Berikut pula merupakan Gambar-gambar Pemenang Kejohanan Catur Raid Terbuka PSIS Sesi Disember 2015

Johan Kategori Lelaki Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS
Johan Kategori Lelaki : Shahrul Azrin Bin Mohd Jazry
Naib Johan Kategori Lelaki Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS
Naib Johan Kategori Lelaki : Mohd Afiq Iskandar Bin Ismail

Tempat ke 3 Kategori Lelaki Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS
Tempat Ketiga Kategori Lelaki: Ahmad Falah Bin Md Tohid

Tempat ke 4 Kategori Lelaki Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS
Tempat Keempat Kategori Lelaki: Mohamad Arifin Bin Januri

Tempat ke 5 Kategori Lelaki Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS
Tempat Kelima Kategori Lelaki: Devandra A/L Muniandy

Johan Kategori Wanita Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS
Johan Kategori Wanita: Nur Annies Syakirah Binti Ismail

Naib Johan Kategori Wanita Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS
Naib Johan Kategori Wanita: Norshahadah Binti Jamal

Tempat ke 3 Kategori Wanita Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS
Tempat Ketiga Kategori Wanita: Nor Hasanah Binti Hassan

Tempat ke 4 Kategori Wanita Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS
Tempat Keempat Kategori Wanita: Anis Hanani Binti Zahari

Tempat ke 5 Kategori Wanita Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS
Tempat Kelima Kategori Wanita: Veemaleshwari A./P S. Saravanan

Terbaik Bawah 18 tahun Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS
Terbaik Bawah 18 Tahun: Muhd Norsafwan Bin Mohd Khairul Anwar

Terbaik Bawah 12 tahun Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS
Terbaik Bawah 12 Tahun: Amirul Azim Bin Ahmad

Tahniah Diucapkan kepada Semua Pemenang!!

Kepada yang tidak berjaya, Jangan bersedih... boleh cuba lagi dalam kejohanan Catur yang akan datang... 

Kesemua pemenang tempat pertama hingga ke 3 untuk setiap kategori berjaya memenangi wang tunai, pingat kejohanan dan sijil penyertaan. Manakala pemenang tempat ke 4, ke 5, terbaik bawah 18 tahun, dan terbaik bawah 12 tahun hanya memenangi wang tunai dan sijil penyertaan sahaja.

Masalah Yang Dihadapi Sepanjang Kejohanan Diadakan
  • Peserta tidak hadir pada hari pertandigan kerana terdapat aktiviti yang berlainan ketika Karnival Halal Food berlangsung dan terdapat peserta yang terlibat dengan peperiksaan MUET sekaligus menyebabkan pihak lawan menang ‘bye’ atau tanpa bertanding.
  • Keadaan yang agak tidak selesa kerana kejohanan diadakan di tempat yang terbuka. Kemudian, ada event untuk kanak-kanak diadakan bersebelahan dengan tempat kejohanan telah mengganggu kosentrasi peserta.
  • Keadaan persaingan yang agak tidak tersusun akibat peserta yang tidak hadir menyebabkan beberapa peserta yang memenangi pusingan tanpa bersaing dengan peserta lain.


Cadangan Penambahbaikan
  • AJK pertandingan dan pelajar kelab catur yang terlibat perlu mempromosikan kejohanan catur ini dengan lebih meluas dari segi laman sosial dan aplikasi sosial.
  • Pertandingan dapat diadakan di kawasan yang kurang gangguan dan lebih sunyi agar tidak menganggu konsentrasi peserta.
  • Sistem “pairing” dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik supaya peserta dapat bersaing dengan lawan yang sepatutnya tanpa kesilapan.

Secara keseluruhannya, kejohanan ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kesemua peserta dan ahli jawatankuasa telah memberikan komitmen terbaik di sepanjang kejohanan ini diadakan. Setiap peserta mempamerkan semangat yang tinggi dan berusaha yang terbaik untuk memenangi perlawanan dalam setiap pusingan.

Melalui kejohanan ini dapat mencungkil dan mengenalpasti bakat-bakat baru dalam permainan catur daripada kalangan pelajar PSIS dan juga orang awam, untuk mewakili Politeknik dalam kejohanan-kejohanan catur yang akan diadakan di peringkat Politeknik Malaysia atau di peringkat kementerian, bahkan juga menjadi wakil Malaysia pada masa akan datang.


Semoga kejohanan catur seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang, dan pada masa yang sama dapat menarik lebih ramai pelajar PSIS dan orang ramai untuk meminati permainan catur.

Share on Google Plus

About nuargto

Seorang Penulis Blog Secara Sambilan di Coretananuar.com, catur-sukipt.blogspot.my. Sangat meminati permainan catur
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. info yang sangat menarik, event seperti ini harus tetap dijaga dan melatih keterampilan gaya modern

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang bapak tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:0852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya KLIK-> BOCORAN TOTO 2D 3D 4D 5D 6D

      Padam