1.0 Laporan Pertandingan
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, DRS2071
Catur dan Kelab Catur PSIS sekali lagi dapat menjayakan Kejohanan Catur Bliss
Tertutup PSIS sesi Disember 2018 pada 3 Mac 2018 yang lalu. Kejohanan Catur
pada kali ini adalah anjuran kelab catur – DRS2071 dengan kerjasama Unit Sukan,
Kokurikulum dan Kebudayaan PSIS.
Kejohanan berjalan dengan lancar dan
jayanya mengikut tentatif yang telah ditetapkan. Kesemua peserta juga telah
memberi komitmen yang baik sepanjang kejohanan berlangsung. Mereka mempamerkan
semangat kesukanan yang tinggi dan berusaha yang terbaik untuk memenangi
perlawanan dalam setiap pusingan.
Kejohanan Catur Bliss Tertutup PSIS sesi
Disember 2017 ini dirancang bertujuan untuk memberi pendedahan secara praktikal
kepada pelajar bagi mengendalikan sesebuah program seperti yang telah
dipelajari dalam tajuk “Pengurusan Aktiviti”. Ini kerana, untuk menjayakan
program ini pelajar perlu melaksanakan beberapa perkara seperti membentuk
Organisasi, mengadakan mesyuarat, menghantar surat permohonan, membuat kertas
kerja, melaksanakan tugas yang telah diagihkan dan akhir sekali melaksanakan
program (membantu pelajar untuk mencapai CLO1 (Mempamerkan kompetensi kemahiran
khusus yang dipelajari) dan CLO2 (Bekerjasama menganjurkan aktiviti berdasarkan
penguasaan kemahiran yang dipelajari).
Kejohanan Catur ini telah disertai
seramai 62 orang peserta. Para peserta terdiri
daripada para pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Program ini dimulai
dengan pendaftaran para peserta pada jam 8 pagi dan mendapat sambutan yang
mengalakkan. Pada jam 9.15 pagi, pendaftaran ditutup. Kejohanan telah
dirasmikan oleh Pengarah Kejohanan iaitu Encik Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan.
Sejurus selepas itu penasihat kelab catur PSIS iaitu Encik Muhammad Anuar Bin
Marsib menyampaikan sedikit taklimat kepada para peserta mengenai peraturan
pertandingan ini, sebelum pertandingan dimulakan. Sekali lagi Encik Mohd
At-Tarmizi Bin Abu Hassan telah dilantik sebagai Pairing Arbiter juga merangkap
sebagai Chief Arbiter pada kejohanan pada kali ini. Manakala Encik Muhammad Anuar
Bin Marsib dan Encik Muhammad Syafiq Bin Abdul Ghafar pula dilantik sebagai
Arbiter kejohanan.
Pusingan pertama bermula pada jam 9.30
pagi. Masa yang diperuntukkan untuk setiap pusingan adalah 20 minit dan 10
minit masa rehat diberikan sebelum memulakan pusingan seterusnya hingga ke pusingan
ketujuh.
Ringkasan keseluruhan perjalanan
kejohanan dinyatakan dalam jadual di bawah:-
Jadual 1: Tentatif Program Kejohanan
Catur Bliss Tertutup PSIS
Sesi Disember 2017
Tarikh : 18 Februari 2018
|
||
Tempat : Kafeteria Pentadbiran PSIS
|
||
Masa
|
Perkara
|
AJK Pelaksana
|
8.00 - 9.00 pagi
|
Pendaftaran dan
sarapan pagi
|
AJK Pendaftaran dan
Makanan
|
9.00 - 9.10 pagi
|
Ucapan penasihat kelab
|
AJK Protokol & Cenderahati
|
9.10 - 9.30 pagi
|
Pusingan Pertama
|
AJK Pertandingan
|
9.40 - 10.00 pagi
|
Pusingan Kedua
|
AJK Pertandingan
|
10.10 - 10.30 pagi
|
Pusingan Ketiga
|
AJK Pertandingan
|
10.40 pagi -
11.00 pagi
|
Pusingan Keempat
|
AJK Pertandingan
|
11.10 pagi -
11.30 pagi
|
Pusingan Kelima
|
AJK Pertandingan
|
11.40 pagi - 12.00 tengahari
|
Pusingan Keenam
|
AJK Pertandingan
|
12.10 tengahari -
12.30 tengahari
|
Pusingan Ketujuh
|
AJK Pertandingan
|
12.40 tengahari -
1.00 tengahari
|
Pusingan Kelapan
|
AJK Pertandingan
|
1.10 tengahari -
1.30 tengahari
|
Pusingan Kesembilan
|
AJK Pertandingan
|
1.30 tengahari -
2.00 petang
|
Majlis Penutup Dan
Penyampaian Hadiah
|
AJK Protokol & Cenderahati
|
2.00 petang -
2.30 petang
|
Solat Zohor, Makan
Tengahari & Bersurai
|
AJK Makanan, Persiapan Tempat & Peralatan
|
Gambar-gambar Kejohanan Catur Bliss Tertutup Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Sesi Disember 2017
Pengarah Kejohanan Encik Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan dan Arbiter Encik Muhamad Anuar Bin Marsib bergambar kenang-kenangan bersama dengan para peserta Kejohanan Catur Bliss Tertutup Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Sesi Disember 2017
Pengarah Kejohanan Encik Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan menunjukkan isyarat bagus kerana pertandingan berjalan lancar. Turut bersama dengannya Arbiter Kejohanan Encik Muhammad Syafiq Bin Abdul Ghafar di meja arbiter dan keputusan pertandingan.
Para pemain sedang mencari buah fikiran untuk memenangi permainan masing-masing sambil diawasi oleh arbiter kejohanan Encik Muhamad Anuar Bin Marsib dan Encik Muhammad Syafiq Bin Abdul Ghafar.
Para peserta sedang fokus terhadap permainan catur masing-masing.
2.0 Keputusan Pertandingan:
Pertandingan Catur pada kali ini
disertai oleh pelajar PSIS daripada berbagai jabatan seperti Jabatan
Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Jabatan Perdagangan (JP) dan Jabatan
Pelancongan dan Hospitaliti (JPH). Para
pelajar PSIS telah mempamerkan daya juang yang tinggi untuk memenangi setiap
perlawanan .
Berikut
merupakan keputusan Kejohanan Catur Bliss Tertutup PSIS Disember 2017:
SENARAI
NAMA PEMENANG KEJOHANAN CATUR BLISS TERTUTUP PSIS DISEMBER 2017
KATEGORI LELAKI
BIL
|
NAMA PELAJAR
|
KAD MATRIKS
|
1.
|
SHAHIRUL
AZRIN BIN MOHD JAZRY
|
17DIB15F2060
|
2.
|
MUHAMMAD
ARIFF BIN HASHIM
|
17DKA17F1067
|
3.
|
MOHD
ROKIE BIN LADJA
|
17DEP17F1058
|
4.
|
ABDULLAH
DAIM FAHMI BIN AHMAD TARMIDZI
|
17DUP15F2024
|
5.
|
MUHAMMAD
AKMAL BIN ROZALI
|
17DTK17F1091
|
KATEGORI WANITA
BIL
|
NAMA PELAJAR
|
KAD MATRIKS
|
1.
|
NUR
FARAH AQILAH BINTI SAMSUL FITR
|
17DIB17F2142
|
2.
|
SITI
ZULAIKHA BINTI SA’DON
|
17DAS17F1025
|
3.
|
NURUL
ALIA WAHIDA BINTI ZAINUDDIN
|
17DIB16F1027
|
4.
|
NUR
ASLINDA BINTI SHAHRIL
|
17DKA17F1039
|
5.
|
FADILAH
BINTI ABDUL AMAT
|
17DIB17F1039
|
Gambar-gambar pemenang bagi Kategori Lelaki dan Wanita
|
Para Pemenang Kategori Lelaki bersama dengan Encik Che Samsuriza B. Che Noh Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Politeknik Sultan Idris Shah, Pengarah Kejohanan Encik Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan serta Arbiter Encik Muhammad Anuar Bin Marsib dan Encik Encik Muhammad Syafiq Bin Abdul Ghafar.
Para Pemenang Kategori Wanita bersama dengan Encik Che Samsuriza B. Che Noh Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Politeknik Sultan Idris Shah, Pengarah Kejohanan Encik Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan serta Arbiter Encik Muhammad Anuar Bin Marsib dan Encik Encik Muhammad Syafiq Bin Abdul Ghafar.
5.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kejohanan ini
berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kesemua peserta dan ahli
jawatankuasa telah memberikan komitmen terbaik di sepanjang kejohanan ini
diadakan. Setiap peserta mempamerkan semangat yang tinggi dan berusaha yang
terbaik untuk memenangi perlawanan dalam setiap pusingan.
Semoga kejohanan catur seperti ini dapat
diadakan lagi pada masa akan dating. Melalui kejohanan ini kita telah dapat
mencungkil dan mengenalpasti bakat-bakat baru dalam permainan catur daripada
kalangan pelajar PSIS. Selain itu pada masa yang sama telah menarik lebih ramai
pelajar PSIS untuk meminati sukan catur dengan lebih mendalam sekaligus
mewakili PSIS untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi seperti di
kejohanan catur PMSICO dan SUKIPT.
Disediakan Oleh,
……………………………….......
Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan
Pengarah
Kejohanan Catur Bliss Tertutup PSIS Sesi Disember 2017
0 comments:
Catat Ulasan