Pada 12 Mac 2016 yang lepas, sempena Program Polythecnic Halal Food Carnival, Kelab catur PSIS (DRS2071) telah diamanahkan untuk menganjurkan Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS Sesi Disember 2015.
Sebenarnya ini merupakan kali Pertama Kelab catur PSIS menganjurkan Kejohanan Catur Terbuka, semenjak Kelab ini diwujudkan di PSIS pada awal tahun 2011.
Sebenarnya ini merupakan kali Pertama Kelab catur PSIS menganjurkan Kejohanan Catur Terbuka, semenjak Kelab ini diwujudkan di PSIS pada awal tahun 2011.
Kejohanan Catur ini telah disertai seramai 70 orang peserta. Para peserta terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan Sabak Bernam, Sungai Besar dan pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) yang melibatkan 5 jabatan iaitu JPH, JKA, JKE, JTMK dan JP. Lebih menarik lagi kejohanan ini turut disertai oleh peserta di bawah 12 tahun dan bawah 18 tahun.
Antara peserta bawah 12 tahun yang menyertai kejohanan ini
Masa yang diperuntukkan adalah 20 minit bagi setiap pemain dan tiada masa tambahan diberikan untuk setiap pergerakan pemain. Kawalan masa untuk setiap permainan dibuat dengan menggunakan jam catur Digital (10 Meja Pertama) dan Analog (Untuk meja yang seterusnya).
Ringkasan keseluruhan perjalanan kejohanan dinyatakan dalam jadual di bawah:
Tarikh : 12 Mac 2016
|
||
Tempat : Kafeteria Pentadbiran PSIS
|
||
Masa
|
Perkara
|
AJK Pelaksana
|
8.30-9.00 pagi
|
Pendaftaran
|
AJK pendaftaran
|
9.00-9.10 pagi
|
Ucapan penasihat kelab
|
AJK Protokol & Cenderahati
|
9.10-9.50 pagi
|
Pusingan Pertama
|
AJK Pertandingan
|
10.00 -10.40 pagi
|
Pusingan Kedua
|
AJK Pertandingan
|
10.40 – 11.00 pagi
|
Berehat
|
AJK Makanan
|
11.00-11.40 pagi
|
Pusingan Ketiga
|
AJK Pertandingan
|
11.50 pg –
12.30 tgh
|
Pusingan Keempat
|
AJK Pertandingan
|
12.40 tgh –
1.20 ptg
|
Pusingan Kelima
|
AJK Pertandingan
|
1.20-2.30 petang
|
Rehat / Solat
Zohor/Makan Tengahari
|
|
2.30 ptg –
3.10 ptg
|
Pusingan Keenam
|
AJK Pertandingan
|
3.30 ptg –
4.10 ptg
|
Pusingan ke Tujuh
|
AJK Pertandingan
|
4.30 petang
|
Majlis Penutup Dan
Penyampaian Hadiah
|
AJK Protokol & Cenderahati
|
5.30 petang
|
Bersurai
|
AJK Persiapan Tempat & Peralatan
|
Kejohanan bermula agak lewat disebabkan terdapat masalah teknikal. Walaubagaimanapun masalah tersebut dapat diatasi, bagi membolehkan kejohanan berjalan dengan lancar sehingga pusingan ke 5. Kemudian, terdapat lagi Masalah Teknikal yang lain apabila masuk ke pusingan ke 6, menyebabkan Pusingan ke 6 dimulakan agak lewat.
Namun begitu, masalah teknikal yang dihadapi langsung tidak menjejaskan semangat para peserta untuk terus komited sepanjang kejohanan berlangsung. Mereka mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan berusaha yang terbaik untuk memenangi perlawanan dalam setiap pusingan.
Kesemua permain bermain dalam kategori terbuka termasuk Penduduk Sekitar kawasan Sabak bernam, pelajar-pelajar Politeknik, Pelajar-pelajar sekolah Menengah dan pelajar-pelajar sekolah rendah.
Setiap pemain akan diberi mata seperti berikut :
- Menang 1 mata.
- Seri ½ mata
- Kalah 0 mata.
Sekiranya terdapat pemain yang berkongsi mata yang sama selepas pusingan terakhir, sistem pemutus-seri (tie-break) berikut akan digunakan:
i) Buchholz
ii) Sonneborn-Berger
iii) Cumulative
Pemain yang terdapat mata tertinggi akan menentukan pemenang untuk 4 kategori iaitu :
- Tempat Petama hingga ke 5 untuk Kategori Terbuka Lelaki
- Tempat Petama hingga ke 5 untuk Kategori Terbuka Wanita
- Terbaik Bawah 18 tahun
- Terbaik bawah 12 tahun
Berikut pula merupakan gambar-gambar yang diambil sepanjang berlangsungnya Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS Sesi Disember 2015.
Fokus mengatur Strategi..
Arifin di sebelah Kiri, pemenang kejohanan Tertutup PSIS 3 kali berturut-turut
Antara Gambar-gambar Peserta Kejohanan Catur Terbuka PSIS
Seorang AJK Sedang Set Jam Digital
Keputusan Akhir Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS Sesi Disember 2015
Berikut pula merupakan Keputusan Akhir Kejohanan Catur Raid Terbuka PSIS Sesi Disember 2015.
Bil
|
Nama
Peserta
|
Mata
|
1
|
SHAHIRUL AZRIN BIN MOHD JAZRI
|
7 PTS
|
2
|
MOHD AFIQ ISKANDAR ISMAIL
|
6PTS(17)
|
3
|
NUR ANNIES SYAKIRAH BT ISMAIL
|
6PTS (16)
|
4
|
MOHD FALAH BIN MD TOHID
|
6PTS (16)
|
5
|
MOHAMMAD ARIFIN BIN JANURI
|
6PTS (15)
|
6
|
DIVANDRA
|
6PTS (15)
|
7
|
AMIRUL AZIM
|
6PTS (15)
|
8
|
MOHD KHAIRUL ANUAR
|
5PTS (15)
|
9
|
MOHD AZRI
|
5PTS (14)
|
10
|
MUHD NURIQMAL
|
5PTS (13)
|
11
|
RUJENDRAN
|
5PTS (13)
|
12
|
HA
|
5PTS (13)
|
13
|
MUHD NURSYAKIR
|
5PTS(12)
|
14
|
NORSYAHADAH
|
5PTS(12)
|
15
|
NOR HASANAH
|
5PTS(12)
|
16
|
RAIHAFIZ
|
4PTS (12)
|
17
|
HAFIEEZUL IZWAN
|
4PTS (12)
|
18
|
AL’HAMZI
|
4PTS (12)
|
19
|
ANIS HANANI
|
4PTS (11)
|
20
|
VEEMALESHWARI
|
4PTS(11)
|
21
|
MUHD NORSYAFWAN
|
4PTS (11)
|
22
|
MUHD FAHMI ADY
|
4PTS (11)
|
23
|
WERO FIRDAUS
|
4PTS (10)
|
Keputusan Akhir Kejohanan Catur Raid Terbuka PSIS Sesi Disember 2015
Gambar-gambar Pemenang Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS Sesi Disember 2015
Berikut pula merupakan Gambar-gambar Pemenang Kejohanan Catur Raid Terbuka PSIS Sesi Disember 2015
Johan Kategori Lelaki : Shahrul Azrin Bin Mohd Jazry
Naib Johan Kategori Lelaki : Mohd Afiq Iskandar Bin Ismail
Tempat Ketiga Kategori Lelaki: Ahmad Falah Bin Md Tohid
Tempat Keempat Kategori Lelaki: Mohamad Arifin Bin Januri
Tempat Kelima Kategori Lelaki: Devandra A/L Muniandy
Johan Kategori Wanita: Nur Annies Syakirah Binti Ismail
Naib Johan Kategori Wanita: Norshahadah Binti Jamal
Tempat Ketiga Kategori Wanita: Nor Hasanah Binti Hassan
Tempat Keempat Kategori Wanita: Anis Hanani Binti Zahari
Tempat Kelima Kategori Wanita: Veemaleshwari A./P S. Saravanan
Terbaik Bawah 18 Tahun: Muhd Norsafwan Bin Mohd Khairul Anwar
Terbaik Bawah 12 Tahun: Amirul Azim Bin Ahmad
Kepada yang tidak berjaya, Jangan bersedih... boleh cuba lagi dalam kejohanan Catur yang akan datang...
Kesemua pemenang tempat pertama hingga ke 3 untuk setiap kategori berjaya memenangi wang tunai, pingat kejohanan dan sijil penyertaan. Manakala pemenang tempat ke 4, ke 5, terbaik bawah 18 tahun, dan terbaik bawah 12 tahun hanya memenangi wang tunai dan sijil penyertaan sahaja.
Masalah Yang Dihadapi Sepanjang Kejohanan Diadakan
- Peserta tidak hadir pada hari pertandigan kerana terdapat aktiviti yang berlainan ketika Karnival Halal Food berlangsung dan terdapat peserta yang terlibat dengan peperiksaan MUET sekaligus menyebabkan pihak lawan menang ‘bye’ atau tanpa bertanding.
- Keadaan yang agak tidak selesa kerana kejohanan diadakan di tempat yang terbuka. Kemudian, ada event untuk kanak-kanak diadakan bersebelahan dengan tempat kejohanan telah mengganggu kosentrasi peserta.
- Keadaan persaingan yang agak tidak tersusun akibat peserta yang tidak hadir menyebabkan beberapa peserta yang memenangi pusingan tanpa bersaing dengan peserta lain.
Cadangan Penambahbaikan
- AJK pertandingan dan pelajar kelab catur yang terlibat perlu mempromosikan kejohanan catur ini dengan lebih meluas dari segi laman sosial dan aplikasi sosial.
- Pertandingan dapat diadakan di kawasan yang kurang gangguan dan lebih sunyi agar tidak menganggu konsentrasi peserta.
- Sistem “pairing” dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik supaya peserta dapat bersaing dengan lawan yang sepatutnya tanpa kesilapan.
Secara keseluruhannya, kejohanan ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kesemua peserta dan ahli jawatankuasa telah memberikan komitmen terbaik di sepanjang kejohanan ini diadakan. Setiap peserta mempamerkan semangat yang tinggi dan berusaha yang terbaik untuk memenangi perlawanan dalam setiap pusingan.
Melalui kejohanan ini dapat mencungkil dan mengenalpasti bakat-bakat baru dalam permainan catur daripada kalangan pelajar PSIS dan juga orang awam, untuk mewakili Politeknik dalam kejohanan-kejohanan catur yang akan diadakan di peringkat Politeknik Malaysia atau di peringkat kementerian, bahkan juga menjadi wakil Malaysia pada masa akan datang.
Semoga kejohanan catur seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang, dan pada masa yang sama dapat menarik lebih ramai pelajar PSIS dan orang ramai untuk meminati permainan catur.
info yang sangat menarik, event seperti ini harus tetap dijaga dan melatih keterampilan gaya modern
BalasPadamAssalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang bapak tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:0852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya KLIK-> BOCORAN TOTO 2D 3D 4D 5D 6D
Padam