LAPORAN KEJOHANAN CATUR RAPID TERBUKA POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS) SESI JUN 2016

1.0 Laporan Pertandingan

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Kelab Catur PSIS sekali lagi dapat menjayakan Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS Sesi Jun 2016 pada 3 September 2016 yang lalu seiring dengan semangat kemerdekaan Malaysia yang ke 59 yang masih terasa. Kejohanan Catur pada kali ini adalah anjuran kelab catur – DRS2071 dan Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan.


Chief Arbiter Muhammad Anuar Bin Marsib dan Pairing Arbiter Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan bergambar kenang-kenangan bersama dengan para peserta  Kejohanan Catur Rapid Terbuka Politeknik Sultan Idris Shah (Psis) Sesi Jun 2016

Kejohanan berjalan dengan lancer dan jayanya mengikut tentatif yang telah ditetapkan. Kesemua peserta juga telah memberi komitmen yang baik sepanjang kejohanan berlangsung. Mereka mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan berusaha yang terbaik untuk memenangi perlawanan dalam setiap pusingan.


 Para peserta sedang fokus terhadap permainan catur masing-masing.
Para pemain yang bermain di meja utama sambil diperhatikan oleh Chief Arbiter Muhamad Anuar Bin Marsib

Kejohanan Catur Rapid Terbuka PSIS sesi Jun 2016 ini dirancang bertujuan untuk memberi pendedahan secara praktikal kepada pelajar bagi mengendalikan sesebuah program seperti yang telah dipelajari dalam tajuk “Pengurusan Aktiviti”. Ini kerana, untuk menjayakan program ini pelajar perlu melaksanakan beberapa perkara seperti membentuk Organisasi, mengadakan mesyuarat, menghantar surat permohonan, membuat kertas kerja, melaksanakan tugas yang telah diagihkan dan akhir sekali melaksanakan program (membantu pelajar untuk mencapai CLO1 (Mempamerkan kompetensi kemahiran khusus yang dipelajari) dan CLO2 (Bekerjasama menganjurkan aktiviti berdasarkan penguasaan kemahiran yang dipelajari).


Tersenyum gembira Chief Arbiter Muhammad Anuar Bin Marsib dan Pairing Arbiter bersama dengan Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan di meja Arbiter melihat pertandingan berjalan lancar.                              

Kejohanan Catur ini telah disertai seramai 66 orang peserta. Para peserta terdiri daripada para pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Program ini dimulai dengan pendaftaran para peserta pada jam 8 pagi dan mendapat sambutan yang mengalakkan. Pada jam 9.15 pagi, pendaftaran ditutup dan penasihat kelab catur PSIS iaitu Encik Muhammad Anuar Bin Marsib menyampaikan sedikit taklimat kepada para peserta mengenai peraturan pertandingan ini, sebelum pertandingan dimulakan.

Pusingan pertama bermula pada jam 9.30 pagi. Masa yang diperuntukkan untuk setiap pusingan adalah 40 minit dan 15 minit masa rehat diberikan sebelum memulakan pusingan seterusnya hingga ke pusingan keenam.

Ringkasan keseluruhan perjalanan kejohanan dinyatakan dalam jadual di bawah:-

Jadual 1 : Tentatif Program Kejohanan Catur Terbuka PSIS Sesi Jun 2016
Tarikh : 3 September 2016
Tempat : Kafeteria Pentadbiran PSIS

Masa

Perkara

AJK Pelaksana
8.30-9.00 pagi
Pendaftaran
AJK pendaftaran
9.00-9.10 pagi
Ucapan penasihat kelab
AJK Protokol & Cenderahati
9.10-9.50 pagi
Pusingan Pertama

AJK Pertandingan

10.00 -10.40 pagi
Pusingan Kedua
AJK Pertandingan
10.40 – 11.00 pagi
Berehat
AJK Makanan
11.00-11.40 pagi
Pusingan Ketiga
AJK Pertandingan

11.50 pagi –
12.30 tengahari
Pusingan Keempat
AJK Pertandingan

12.40 tengahari –
1.20 petang
Pusingan Kelima
AJK Pertandingan

1.20-2.30 petang
Rehat / Solat Zohor/Makan Tengahari

2.30 petang –
3.10 petang
Pusingan Keenam
AJK Pertandingan

3.20 petang –
4.00 petang
Pusingan Ketujuh
AJK Pertandingan

4.20 petang – 5.00 petang
Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah
AJK Protokol & Cenderahati
5.30 petang
Bersurai
AJK Persiapan Tempat & Peralatan



2.0 Keputusan Pertandingan:

Pertandingan Catur pada kali ini disertai oleh pelajar PSIS daripada berbagai jabatan seperti Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Jabatan Perdagangan (JP) dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH).  Para pelajar PSIS telah mempamerkan daya juang yang tinggi untuk memenangi setiap perlawanan .

Berikut merupakan keputusan Kejohanan Catur Terbuka PSIS Jun 2016:

SENARAI NAMA PEMENANG KEJOHANAN CATUR RAPID TERBUKA PSIS JUN 2016

KATEGORI LELAKI
BIL
NAMA PELAJAR
KAD PENGENALAN
KAD MATRIKS
1.
SHAHIRUL AZRIN BIN MOHD JAZRY
971208106261
17DIB15F2060
2.
DEVANDRA A/L MUNIYANDI
921122086305
17JEP14F2003
3.
MOHD NAZMY KHAIRUL BIN AZLAN
980202126725
17DAS16F1011
4.
MUHAMMAD ZAHIR BIN MUHAMMAD AZHAR
980813106213
17DIB16F1034
5.
MUHAMAD AMIRUL FAIZ BIN SAMSUDIN
970819025335
17DSB15F2031

Johan Kategori Lelaki : Shahrul Azrin Bin Mohd Jazry 17DIB15F2060
Naib Johan Kategori Lelaki : Devandra A/L Muniyandi 17JEP14F2003
 Tempat Ketiga Kategori Lelaki: Mohd Nazmy Khairul bin Azlan 17DAS16F1011
 Tempat Keempat Kategori Lelaki: Muhammad Zahir bin Muhammad Azhar 17DIB16F1034
 Tempat Kelima Kategori Lelaki: Muhamad Amirul Faiz bin Samsudin 17DSB15F2031
Para Pemenang Kategori Lelaki  bersama dengan Encik Mohammed Ilias Bin Harun Ketua Unit Kokurikulum, Sukan & Kebudayaan Politeknik Sultan Idris Shah, Chief Arbiter Muhammad Anuar Bin Marsib serta Pairing Arbiter Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan


KATEGORI WANITA
BIL
NAMA PELAJAR
KAD PENGENALAN
KAD MATRIKS
1.
NOR HASANAH BINTI HASSAN
960207105976
17DUP14F2038
2.
VEEMALESHWARI A/P S. SARAVANAN
970729105788
17DAS15F1097
3.
NOR SHAKILA BINTI SALEHUDIN
971016035542
17DIB15F2029
4.
AFIQAH BINTI AMRAN
971107106756
17DSK15F2026
5.
NURUL AMIRA BINTI MISBAHHOLL MUNIR
960710086020
17DIB14F2027

Johan Kategori Wanita: Nor Hasanah binti Hassan 17DUP14F2038
Naib Johan Kategori Wanita: Veemaleshwari A/P S. Saravanan 17DAS15F1097
 Tempat Ketiga Kategori Wanita: Nor Shakila binti Salehudin 17DIB15F2029
  Tempat Keempat Kategori Wanita: Afiqah binti Amran 17DSK15F2026
 Tempat Kelima Kategori Wanita: Nurul Amira binti Misbahholl Munir 17DIB14F2027
Para Pemenang Kategori Wanita bersama dengan Encik Mohammed Ilias Bin Harun Ketua Unit Kokurikulum, Sukan & Kebudayaan Politeknik Sultan Idris Shah, Chief Arbiter Muhammad Anuar Bin Marsib serta Pairing Arbiter Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan

3.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kejohanan ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kesemua peserta dan ahli jawatankuasa telah memberikan komitmen terbaik di sepanjang kejohanan ini diadakan. Setiap peserta mempamerkan semangat yang tinggi dan berusaha yang terbaik untuk memenangi perlawanan dalam setiap pusingan.

Semoga kejohanan catur seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Melalui kejohanan ini kita telah dapat mencungkil dan mengenalpasti bakat-bakat baru dalam permainan catur daripada kalangan pelajar PSIS. Selain itu pada masa yang sama telah menarik lebih ramai pelajar PSIS untuk meminati sukan catur dengan lebih mendalam sekaligus mewakili PSIS untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi seperti di kejohanan catur PMSICO dan SUKIPT.
Share on Google Plus

About Muhamad anuar Marsib

Seorang Penulis Blog Secara Sambilan di Coretananuar.com, catur-sukipt.blogspot.my. Sangat meminati permainan catur
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan