Peraturan Kejohanan Catur Rapid Tertutup Sabak Bernam 2016



1.   Pertandingan ini terbuka kepada seluruh Warga Sabak Bernam Sahaja (Penduduk/ bekerja/ belajar dalam daerah Sabak Bernam). Terdapat 2 kategori dipertandingkan, Kategori Terbuka dan Bawah 12.
2.      Pertandingan ini dimainkan secara Rapid – Sistem Swiss 7 pusingan.
3.  Tempoh permainan adalah 20 minit bagi setiap pemain.  Arbiter berhak memberhentikan permainan sekiranya bendera jam salah seorang atau kedua-dua pemain telah jatuh dengan sah .
4.   Pemain akan dikira kalah sekirnya masa 20 minit yang diperuntukkan telah tamat, walaupun pada keadaan tersebut pemain sedang menguasai permainan.
5.  Para peserta perlu memastikan masa mereka berhenti sebaik sahaja mereka menggerakkan buah catur. Sebarang kecuaian boleh mengakibatkan peserta kalah.
6.   Sekiranya pihak lawan datang lambat sewaktu permainan sedang bermula. Pemain boleh menggerakkan buah catur (bagi pemain putih) dan menekan jam. Manakala bagi pemain hitam pula, hanya perlu menekan jam sahaja seandainya pemain lawan lewat sampai. Setelah permainan berjalan selama 20 minit pihak yang menekan jam dikira sebagai pemenang dan mendapat 1 mata.
7.   Permainan akan dikira seri sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk seri, dan dipersetujui oleh pihak pengadil.
8.   Pemain yang menang akan memperolehi 1 mata, ½ mata jika seri dan 0 mata jika kalah. Pemain bye (menang tanpa bertanding) akan mendapat 1 mata.
9.     Pemain yang berjaya mengumpul mata terbanyak akan menjadi johan dan seterusnya. Jika terdapat kedudukan mata yang sama, sistem pemecah seri (Tie-Break) akan digunakan.                            
*Keputusan (Standings) yang dikeluarkan oleh komputer adalah muktamad.
10.  Hadiah disediakan untuk pemenang tempat Pertama sehingga tempat ke - 20, bagi setiap kategori.
11.  Para peserta dilarang membuat bising semasa perlawanan sedang berlangsung.
12. Para peserta boleh merujuk kepada papan kenyataan dari semasa ke semasa untuk mengetahui jadual perlawanan dan mata yang telah diperolehi.
13.  Sekiranya ada sebarang pembetulan, peserta perlu melaporkan kepada pihak pengadil (arbiter) dengan kadar yang segera. 
Share on Google Plus

About nuargto

Seorang Penulis Blog Secara Sambilan di Coretananuar.com, catur-sukipt.blogspot.my. Sangat meminati permainan catur
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan