Selamat Datang Ke Blog Kelab Catur PSIS

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya akhirnya Blog kelab Catur (AR201) Politeknik Sultan Idris Shah berjaya diwujudkan..



Kelab catur (AR201) mula diwujudkan di Politeknik Sultan Idris Shah pada sesi Disember 2010 di bawah kelolaan Cik Nurul Izzati Bt. Mohd Zaki. Kemudian Kelab ini diteruskan untuk sesi perkuliahan Jun 2011 dan Disember 2011 di bawah kelolaan Encik Muhamad Anuar Bin Marsib. Diharapkan kelab ini akan terus diadakan di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) pada masa hadapan..

Sasaran jangka panjang kelab ini adalah untuk aktif dalam permainan catur di peringkat politeknik khususnya dan akan cuba membawa nama PSIS sehingga diperingkat Kebangsaan pada suatu hari nanti. 


Setakat ini Terdapat 3 Perancangan utama kelab ini iaitu:-

  1. Pertandingan Catur dalaman diantara ahli kelab catur
  2. Pertandingan Catur Terbuka/Tertutup PSIS
  3. Menyertai kejohanan catur luar di peringkat negeri/Kebangsaan..


Diharapkan kelab ini akan berjaya mencapai ketiga-tiga aktiviti seperti yang telah dirancangkan.  Semoga semua ahli kelab catur PSIS,  pihak pengurusan dan semua pihak yang berkenaan dapat memberi sokongan dan dorongan supaya kami berjaya melaksanakan aktiviti yang dirancang dengan jayanya.. 
Share on Google Plus

About nuargto

Seorang Penulis Blog Secara Sambilan di Coretananuar.com, catur-sukipt.blogspot.my. Sangat meminati permainan catur
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. salam boleh tanya macam mana nak buat kertas kerja untuk tubuh kelab di politeknik? boleh bagi soft copy?
    dekat email ni?
    mieslol@yahoo.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam