LAPORAN PROGRAM KEJOHANAN CATUR BLISS TERTUTUP POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

1.0 Laporan Pertandingan

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, DRS2071 Catur dan Kelab Catur PSIS sekali lagi dapat menjayakan Kejohanan Catur Bliss Tertutup PSIS sesi Disember 2018 pada 3 Mac 2018 yang lalu. Kejohanan Catur pada kali ini adalah anjuran kelab catur – DRS2071 dengan kerjasama Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PSIS.

Kejohanan berjalan dengan lancar dan jayanya mengikut tentatif yang telah ditetapkan. Kesemua peserta juga telah memberi komitmen yang baik sepanjang kejohanan berlangsung. Mereka mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan berusaha yang terbaik untuk memenangi perlawanan dalam setiap pusingan.

Kejohanan Catur Bliss Tertutup PSIS sesi Disember 2017 ini dirancang bertujuan untuk memberi pendedahan secara praktikal kepada pelajar bagi mengendalikan sesebuah program seperti yang telah dipelajari dalam tajuk “Pengurusan Aktiviti”. Ini kerana, untuk menjayakan program ini pelajar perlu melaksanakan beberapa perkara seperti membentuk Organisasi, mengadakan mesyuarat, menghantar surat permohonan, membuat kertas kerja, melaksanakan tugas yang telah diagihkan dan akhir sekali melaksanakan program (membantu pelajar untuk mencapai CLO1 (Mempamerkan kompetensi kemahiran khusus yang dipelajari) dan CLO2 (Bekerjasama menganjurkan aktiviti berdasarkan penguasaan kemahiran yang dipelajari).


Kejohanan Catur ini telah disertai seramai 62 orang peserta. Para peserta terdiri daripada para pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Program ini dimulai dengan pendaftaran para peserta pada jam 8 pagi dan mendapat sambutan yang mengalakkan. Pada jam 9.15 pagi, pendaftaran ditutup. Kejohanan telah dirasmikan oleh Pengarah Kejohanan iaitu Encik Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan. Sejurus selepas itu penasihat kelab catur PSIS iaitu Encik Muhammad Anuar Bin Marsib menyampaikan sedikit taklimat kepada para peserta mengenai peraturan pertandingan ini, sebelum pertandingan dimulakan. Sekali lagi Encik Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan telah dilantik sebagai Pairing Arbiter juga merangkap sebagai Chief Arbiter pada kejohanan pada kali ini. Manakala Encik Muhammad Anuar Bin Marsib dan Encik Muhammad Syafiq Bin Abdul Ghafar pula dilantik sebagai Arbiter kejohanan.

Pusingan pertama bermula pada jam 9.30 pagi. Masa yang diperuntukkan untuk setiap pusingan adalah 20 minit dan 10 minit masa rehat diberikan sebelum memulakan pusingan seterusnya hingga ke pusingan ketujuh. 


Ringkasan keseluruhan perjalanan kejohanan dinyatakan dalam jadual di bawah:-

Jadual 1: Tentatif Program Kejohanan Catur Bliss Tertutup PSIS
Sesi Disember 2017
Tarikh : 18 Februari 2018
Tempat : Kafeteria Pentadbiran PSIS

Masa

Perkara

AJK Pelaksana
8.00 - 9.00 pagi
Pendaftaran dan sarapan pagi
AJK Pendaftaran dan Makanan
9.00 - 9.10 pagi
Ucapan penasihat kelab
AJK Protokol & Cenderahati
9.10 - 9.30 pagi
Pusingan Pertama

AJK Pertandingan

9.40 - 10.00 pagi
Pusingan Kedua
AJK Pertandingan
10.10 - 10.30 pagi
Pusingan Ketiga
AJK Pertandingan

10.40 pagi -
     11.00 pagi
Pusingan Keempat
AJK Pertandingan

11.10 pagi -
     11.30 pagi
Pusingan Kelima
AJK Pertandingan

11.40 pagi -     12.00 tengahari
Pusingan Keenam
AJK Pertandingan

12.10 tengahari -
12.30 tengahari
Pusingan Ketujuh
AJK Pertandingan

12.40 tengahari -
   1.00 tengahari
Pusingan Kelapan
AJK Pertandingan

  1.10 tengahari -
1.30 tengahari
Pusingan Kesembilan
AJK Pertandingan

 1.30 tengahari -
   2.00 petang
Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah
AJK Protokol & Cenderahati
   2.00 petang -
   2.30 petang
Solat Zohor, Makan Tengahari & Bersurai
AJK Makanan, Persiapan Tempat & Peralatan


Gambar-gambar Kejohanan Catur Bliss Tertutup Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Sesi Disember 2017

Pengarah Kejohanan Encik Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan dan Arbiter Encik Muhamad Anuar Bin Marsib bergambar kenang-kenangan bersama dengan para peserta Kejohanan Catur Bliss Tertutup Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Sesi Disember 2017

Pengarah Kejohanan Encik Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan menunjukkan isyarat bagus kerana pertandingan berjalan lancar. Turut bersama dengannya Arbiter Kejohanan Encik Muhammad Syafiq Bin Abdul Ghafar di meja arbiter dan keputusan pertandingan.

Para pemain sedang mencari buah fikiran untuk memenangi permainan masing-masing sambil diawasi oleh arbiter kejohanan Encik Muhamad Anuar Bin Marsib dan Encik Muhammad Syafiq Bin Abdul Ghafar. 
 
Para peserta sedang fokus terhadap permainan catur masing-masing.


2.0 Keputusan Pertandingan:

Pertandingan Catur pada kali ini disertai oleh pelajar PSIS daripada berbagai jabatan seperti Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Jabatan Perdagangan (JP) dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH).  Para pelajar PSIS telah mempamerkan daya juang yang tinggi untuk memenangi setiap perlawanan .

Berikut merupakan keputusan Kejohanan Catur Bliss Tertutup PSIS Disember 2017:

SENARAI NAMA PEMENANG KEJOHANAN CATUR BLISS TERTUTUP PSIS DISEMBER 2017

KATEGORI LELAKI

BIL
NAMA PELAJAR
KAD MATRIKS
1.
SHAHIRUL AZRIN BIN MOHD JAZRY
17DIB15F2060
2.
MUHAMMAD ARIFF BIN HASHIM
17DKA17F1067
3.
MOHD ROKIE BIN LADJA
17DEP17F1058
4.
ABDULLAH DAIM FAHMI BIN AHMAD TARMIDZI
17DUP15F2024
5.
MUHAMMAD AKMAL BIN ROZALI
17DTK17F1091

KATEGORI WANITA

BIL
NAMA PELAJAR
KAD MATRIKS
1.
NUR FARAH AQILAH BINTI SAMSUL FITR
17DIB17F2142
2.
SITI ZULAIKHA BINTI SA’DON
17DAS17F1025
3.
NURUL ALIA WAHIDA BINTI ZAINUDDIN
17DIB16F1027
4.
NUR ASLINDA BINTI SHAHRIL
17DKA17F1039
5.
FADILAH BINTI ABDUL AMAT
17DIB17F1039

Gambar-gambar pemenang bagi Kategori Lelaki dan Wanita

 Para Pemenang Kategori Lelaki  bersama dengan Encik Che Samsuriza B. Che Noh Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Politeknik Sultan Idris Shah, Pengarah Kejohanan Encik Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan serta Arbiter Encik Muhammad Anuar Bin Marsib dan Encik Encik Muhammad Syafiq Bin Abdul Ghafar.
 
Para Pemenang Kategori Wanita bersama dengan Encik Che Samsuriza B. Che Noh Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Politeknik Sultan Idris Shah, Pengarah Kejohanan Encik Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan serta Arbiter Encik Muhammad Anuar Bin Marsib dan Encik Encik Muhammad Syafiq Bin Abdul Ghafar.

5.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kejohanan ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kesemua peserta dan ahli jawatankuasa telah memberikan komitmen terbaik di sepanjang kejohanan ini diadakan. Setiap peserta mempamerkan semangat yang tinggi dan berusaha yang terbaik untuk memenangi perlawanan dalam setiap pusingan.

Semoga kejohanan catur seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan dating. Melalui kejohanan ini kita telah dapat mencungkil dan mengenalpasti bakat-bakat baru dalam permainan catur daripada kalangan pelajar PSIS. Selain itu pada masa yang sama telah menarik lebih ramai pelajar PSIS untuk meminati sukan catur dengan lebih mendalam sekaligus mewakili PSIS untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi seperti di kejohanan catur PMSICO dan SUKIPT.

                                                                       
                       
Disediakan Oleh,

……………………………….......
Mohd At-Tarmizi Bin Abu Hassan                                                   
Pengarah
Kejohanan Catur Bliss Tertutup PSIS Sesi Disember 2017   


Share on Google Plus

About nuargto

Seorang Penulis Blog Secara Sambilan di Coretananuar.com, catur-sukipt.blogspot.my. Sangat meminati permainan catur
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan